Assalamualaikum wmbkt, saudara-saudariku, Surau Institut Perguruan Temenggong Ibrahim telah menubuhkan sebuah perpustakaan mini. Oleh yang demikian,pihak kami memohon sumbangan derma/wakaf bahan bacaan daripada semua pihak untuk kegunaan Jemaah Surau. Kepada yang bermurah hati, silalah maklumkan kepada saya atau hantar terus kepada Kaunter Khidmat Pelanggan IPTI. Terima kasih.
Latihan kompang 1 malaysia akan dijalankan pada khamis, 21/1/10, jam 9.00 malam di Dewan Terbuka, IPG KTI JB. Semua peserta Kompang 1 Malaysia diwajibkan hadir. Terima kasih
Dilahirkan di Telok Kerang Pontian, Johor. Menerima pendidikan awal di Pontian dan menengah di Kulai dan Johor Bahru.Pernag mengikuti kursus Pertanian di Pusat Latihan Pertanian Air Hitam. Memperolehi Sijil Perguruan daripada Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim dan Institut Bahasa, Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian daripada UKM dan Sarjana Pendidikan daripada UTM. Pernah berkhidmat sebagai Pendidik di Kluang, Gelang Patah, Penolong Pengarah di Pusat Perkembangan Kurikulum, Pensyarah di MP Mohd Khalid dan MP Temenggong Ibrahim, Timbalan Pengarah di MP Sarawak,Miri dan IP Islam Bangi. Kini bertugas sebagai Timbalan Pengarah di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru sejak 1 Januari 2010. Sekarang menetap di Taman Sri Skudai, Johor Bahru.